Home  /  Apps  /  HAYD  /  Privacy Policy
HAYD · Muslimah Period Tracker

Privacy Policy

Dasar Privasi · Privacy Policy

Dikemas kini / Updated: 14 November 2026 · Aplikasi HAYD oleh ZYNPMY · Read this in English →

Bahasa Melayu

HAYD diterbitkan oleh ZYNPMY. Aplikasi menyediakan rekod kitaran haid, simptom, nota dan panduan ibadah. Rekod yang anda masukkan disimpan dalam ruang aplikasi pada peranti. HAYD tidak menyediakan akaun pengguna atau pelayan untuk menerima rekod tersebut.

Aplikasi mudah alih HAYD tidak menggunakan iklan, SDK pengiklanan atau analitik. Pembelian aplikasi diproses oleh Google Play atau Apple; kami tidak menerima butiran kad pembayaran anda.

Nama pilihan, gambar profil pilihan, rekod haid, kehamilan, simptom, jurnal dan catatan ibadah digunakan untuk memaparkan fungsi pada peranti anda. Kebenaran notifikasi adalah pilihan dan digunakan untuk peringatan tempatan. Anda boleh mematikan notifikasi dalam tetapan peranti.

Anda boleh memadam rekod melalui fungsi Padam Semua Data dalam aplikasi. Apabila menggunakan peranti bersama, lindungi peranti dengan kod kunci. Jangan menganggap rekod dalam aplikasi ini sebagai salinan sandaran yang boleh dipulihkan selepas pemadaman atau kehilangan peranti.

Pautan rujukan luar dibuka dalam pelayar. Laman yang anda lawati mempunyai dasar privasi sendiri. Halaman web HAYD di zynpmy.com dihoskan oleh Cloudflare; permintaan ke halaman web mungkin diproses oleh penyedia hos, termasuk alamat IP dan maklumat teknikal sambungan. Ini berasingan daripada rekod kitaran dalam aplikasi mudah alih.

Jika anda menghantar e-mel sokongan, alamat e-mel dan maklumat yang anda pilih untuk berikan akan digunakan bagi menjawab pertanyaan. Jangan sertakan rekod kesihatan peribadi yang tidak diperlukan.

Hubungi: zynpmy.official@gmail.com


English

HAYD is published by ZYNPMY. It provides cycle records, symptom and journal entries, and worship guidance. Information you enter is stored in the app's space on your device. HAYD has no user account or backend server that receives these records.

The mobile app has no advertising, advertising SDKs or analytics. Google Play or Apple processes app purchases; we do not receive your payment card details.

Optional names and profile pictures, period and pregnancy records, symptoms, journal entries and worship notes are used to provide features on your device. Notification permission is optional and is used for local reminders. You can disable notifications in device settings.

Use Delete All Data in the app to erase records. Secure a shared device with a passcode. Do not treat app records as a recoverable backup after deletion or loss of your device.

External references open in a browser and follow those websites' own policies. HAYD's webpages on zynpmy.com are hosted by Cloudflare, whose infrastructure may process requests including IP addresses and technical connection information. This is separate from cycle records in the mobile app.

If you contact support, we use your email address and the information you choose to send to respond. Avoid including unnecessary private health information.

Contact: zynpmy.official@gmail.com

← ZYNPMY Support Centre